Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SERAMAI 14 ORANG KAKITANGAN TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

SERAMAI 14 ORANG KAKITANGAN TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN.jpg

Bandar Seri Begawan, 25 Mac 2023, Hari Sabtu 

Pada 18 Mac 2023 yang lalu, Seramai 15 orang kakitangan dari Syarikat Liftco Sdn Bhd,  telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran bertempat di Kampong Salar Industrial Estate, Muara.


Semasa kursus dijalankan para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-


1. Sebab dan punca berlakunya kebakaran,


2. Tatacara pengunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul,


3. Pengenalan asas mengenai pengunaan LPG gas dengan cara selamat semasa membuat penghantaran


Di kesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


SERAMAI 14 ORANG KAKITANGAN TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 1.jpg

Created at 28/03/2023 08:16 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 28/03/2023 08:16 by Shahidah Binti Hj Othman