Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA LUMUT LIANG BY PASS

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA LUMUT LIANG BY PASS.jpg


Sungai Liang, Sabtu, 25 Mac 2023 

Pada sebelah malam 24 Mac 2023 yang lalu, seramai 09 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh DSO Muhd Sadiy Bin Abdullah Tujoh telah dikejarkan ke Insiden Kebakaran Kenderaan di Lebuhraya Lumut Liang By Pass berdekatan dengan pusingan U ( U turn ).


Setibanya ditempat kejadian didapati sebuah lori trailer telah mendapat kebakaran di bahagian belakang tayar sebelah kiri. Anggota bomba segera bertindak memakai set alat pernafasan dan mengeluarkan 1 aliran hos bagi memadamkan kebakaran tersebut.


Semasa kejadian tiada mangsa di laporkan dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa lebih kurang 02 minit. 


JBP menyarankan orang ramai agar:-


✓Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem pendawaian arus eletrik.


✓Pengguna sentiasa memastikan mana-mana  pengubahsuaian atau penambahan sistem pendawaian arus eletrik enjin dan aksesori kereta hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan pendawaian terbakar.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi talian kecemasan 995 Dan memberikan maklumat yang tepat.

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA LUMUT LIANG BY PASS 1.jpg


Created at 28/03/2023 08:12 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 28/03/2023 08:12 by Shahidah Binti Hj Othman