Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

'EXERCISE TURBULENCE' LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA.

EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA.jpg


Sungai Liang,20 Mac 2023, Isnin.   


Pada 15 Mac 2023 yang lalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Operasi 'B' telah menjalankan Exercise Turbulence bersama dengan Syarikat Brunei Menthanol Company Sdn Bhd bertempat Di Liang Lumut Industrial Area. Turut terlibat Dalam latihan tersebut Agensi - agensi kerajaan Yang lain serta Syarikat BLNG Lumut.


Sebanyak 9 buah jentera telah dikerahkan ke tempat latihan tersebut yang dijalankan selama 3 jam. Latihan tersebut diketuai oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'B', Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Noor Aflan Bin Awg Kachi . Turut hadir semasa latihan Pemangku Pengarah Bomba Dan Penyelamat, Yang Mulia Awg Azmi bin Haji Hafneh Dan Pemangku Timbalan Pengarah Bomba Dan Penyelamat, Yang Mulia Haji Nohi Irwan Surkaki  Bin Haji Pawi.


Objektif dan tujuan latihan tersebut dijalankan adalah bagi:-


1. Menguji LLIA / IERP serta keupayaan agensi² yang terlibat dalam memastikan security dan keselamatan kawasan industri Liang Lumut.

2. Memberi pertolongan dalam memastikan persediaan kepada  pihak terlibat berjalan dengan lancar dan bersedia jika terjadi perkara kecemasan yang melibatkan industri.

3. Memastikan kesediaan semua agensi terlibat dalam memberikan bantuan dan kepakaran apabila diperlukan dengan mengikut Standard Operating Procedure jika terjadi sebarang kecemasan.


Dikesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 Dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara Yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi talian kecemasan 995 Dan memberikan maklumat yang tepat.


EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA 1.jpg

EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA 2.jpg

EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA 3.jpg

EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA 4.jpg

EXERCISE TURBULENCE LIANG LUMUT INDUSTRIAL AREA 5.jpg

Created at 25/03/2023 08:04 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 25/03/2023 08:04 by Shahidah Binti Hj Othman