Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

INSIDEN KEBAKARAN KERETA BERDEKATAN SIMPANG 1690 KAMPONG TANJONG NANGKA

INSIDEN KEBAKARAN KERETA BERDEKATAN SIMPANG 1690 KAMPONG TANJONG NANGKA.jpg


Bandar Seri Begawan,18 Mac 2023, Hari Sabtu 


Pada waktu subuh, 14 Mac 2023, seramai 9 orang anggota bomba dari Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi ‘F’ telah dikejarkan ke insiden kebakaran kereta berdekatan Simpang 1690 Kampong Tanjong Nangka yang di ketuai oleh DSO Yusof bin Bujang.


Apabila tiba di tempat panggilan didapati sebuah kereta telah mendapat kebakaran keselurahannya.  Anggota bomba segera memakai alat pernafasan dan memadamkan api tersebut mengguanakan 1 aliran hos 64 mm ke 38 mm sebanyak 2 batang hingga selesai.  Air diperolehi daripada tangka jentera WRL 29 relay melalui tangki Jentera WRT 7.  Punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.


JBP menyarankan orang ramai agar:-


Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.


Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem eletrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana Arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.


Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 25/03/2023 07:24 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 25/03/2023 07:25 by Shahidah Binti Hj Othman