Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT BAGI PENGUASA BOMBA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT BAGI PENGUASA BOMBA  JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 1.jpg


Bandar Seri Begawan, 18 Mac 2023, Hari Sabtu 


Pada 16 Mac yang lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat telahpun mengadakan Majlis Penyampaian Tanda Pangkat Penguasa Bomba kepada Yang Mulia Penolong Penguasa Bomba Mushidee bin Junaidi dan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh.


Majlis tersebut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Pengarah Bomba, Yang Mulia Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ahli keluarga pegawai dan anggota yang diraikan bertempat Mess Pegawai, Dewan Serbaguna Bomba, Jalan Landasan Lama, Berakas.


Dalam kesempatan ini, Jabatan tidak lupa mengucapkan syabas dan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut dan diharapkan ianya sebagai satu dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif ke arah menuju kecemerlangan bagi mencapai visi dan misi jabatan ini.


Jika berlaku sebarang kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT BAGI PENGUASA BOMBA  JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 2.jpg

Created at 25/03/2023 07:20 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 25/03/2023 07:20 by Shahidah Binti Hj Othman