Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UNIT HAZMAT JBP MEMBERIKAN TAKLIMAT KESEDARAN BAHAN KIMIA MERBAHAYA

UNIT HAZMAT JBP MEMBERIKAN TAKLIMAT KESEDARAN BAHAN KIMIA MERBAHAYA.jpg

Bandar Seri Begawan, 13 Mac 2023, Hari Isnin


Pada 11 Mac yang lalu, Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Pmk.ASFR Pg Hj Ali Abd Rahman bin Pg Hj Halus sebagai selaku Timbalan Komander Hazmat telah memberikan Taklimat Kesedaran Bahan Kimia Merbahaya dan Tatacara Menangani Kimia Tumpah kepada seramai 21 orang pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Veterinar, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. 


Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memdedahkan kefahaman dan kemahiran bagi pengguna-pengguna makmal dalam menangani  situasi kecemasan seperti ketumpahan bahan kimia dan juga selaku tindakan pertama sebelum kehadiran Unit Hazmat JBP.


Turut memberikan taklimat tersebut adalah DSO Hj Jublee bin Hj Abd Jalil dan ABK 292 Pg Mohd Iswan Khrisnawan bin Pg Ismail selaku salah seorang tenaga pengajar Unit Hazmat.


Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


UNIT HAZMAT JBP MEMBERIKAN TAKLIMAT KESEDARAN BAHAN KIMIA MERBAHAYA 1.jpg

UNIT HAZMAT JBP MEMBERIKAN TAKLIMAT KESEDARAN BAHAN KIMIA MERBAHAYA 2.jpg

UNIT HAZMAT JBP MEMBERIKAN TAKLIMAT KESEDARAN BAHAN KIMIA MERBAHAYA 3.jpg

Created at 16/03/2023 07:16 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 16/03/2023 07:16 by Shahidah Binti Hj Othman