Bandar Seri Begawan, pada 22 Julai 2023 yang lepas, Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, mengadakan taklimat Life Saver 995 dan praktikal tatacara penggunaan alat pemadam api kepada 24 Pegawai dan Kakitangan Pahaytc Sdn Bhd yang di adakan di Pahaytc, Serasa.
Tujuan Taklimat ini diterapkan adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran bagi Pegawai dan Kakitangan tersebut dan juga untuk memupuk rasa bartanggungjawab tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.
Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Life Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.