Bandar Seri Begawan,03 Ogos 2023, Hari Khamis
29 Julai 2023, seramai 120 orang warga sekolah Riverside Sungai Matan diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Pengosongan Bangunan serta praktikal alat pemadam api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A.
Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga Sekolah disamping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Turut sama hadir bagi taklimat tersebut ialah Guru Besar Sekolah Riverside School Sg Matan.
Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.
Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.
Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.