Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG TELANAI

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG TELANAI.jpg




Bandar Seri Begawan,15 Syawal 1444H / 06 Mei  2023, Hari Sabtu 


Pada sebelah petang hari Khamis, seramai 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan bantuan daripada Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh Pmk.SO Hj Samsuddin bin Hj Abd Wahid dan Pmk.ASO Pg Jefri bin Pg Hj Aliuddin telah dikerahkan ke insiden kebakaran rumah di Kampong Telanai.


Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah rumah jenis 2 tingkat telah terbakar.  Kesemua penghuni telahpun keluar dengan selamat sebelum kereta Bomba sampai. Tidak ada korban jiwa dan kecederaan dilaporkan.


Anggota bomba segera bertindak memadamkan kebakaran tersebut dan air diperolehi dari tangki kereta Bomba dan pili bomba yang berdekatan. Semasa operasi pemadaman anggota bomba juga berjaya menyelamatkan haiwan peliharaan penghuni rumah iaitu kucing.  Api dapat dikawal dalam masa 5 minit dari merebak dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Hadir ditempat kejadian Pmk. Timbalan Pengarah Haji Nohi Irwan Surkaki Bin Hj Pawi, Pmk. Penolong Pengarah Operasi Noor Aflan Bin Awang Kachi dan Pmk. ASFR Muhammad Hazwan bin Mawang.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


✓ Memastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 2 kg dan selimut api (Fire Blanket).


✓ Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


✓ Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.


Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.  Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG TELANAI 1.jpg


Created at 08/05/2023 08:23 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/05/2023 08:23 by Shahidah Binti Hj Othman