Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA.jpg


Bandar Seri Begawan, 27 Mac 2023, Hari Khamis 


Pada sebelah petang, 25 April 2023 yang lepas, Balai Bomba Jerudong telah menerima panggilan kecemasan mangsa yang dipercayai telah dibaham buaya di kawasan sungai berdekatan Kampong Mulaut.  


Anggota Bomba segera pergi ke tempat kejadian dan seterusnya menyiasat serta mencari mangsa di kawasan tebing-tebing sungai tersebut dan tidak ada keberadaan mangsa dijumpai. 


Pada hari kedua pencarian, mangsa telahpun berjaya dijumpai oleh Unit ‘Drone’ Bomba dan Penyelamat di kawasan berdekatan insiden. Mangsa telah selamat di keluarkan daripada tempat insiden. Mangsa dikenal pasti seorang lelaki warga asing.  


Agensi- agensi yang turut di dalam menjalankan operasi menyelamat adalah Pasukan Polis Diraja Brunei dan juga Unit Hidupan Liar, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.


Oleh itu JBP menyarankan orang awam agar :


✓Memastikan persekitaran kawasan dalam keadaan bersih dan teratur ( housekeping)


✓ Sentiasa peka dan berwaspada ketika membuat aktiviti di kawasan sungai serta mengambil maklum jika berada berhampiran kawasan yang telah dipasangkan papan tanda amaran keberadaan buaya yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan.  


Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.



Created at 01/05/2023 08:24 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 01/05/2023 08:24 by Shahidah Binti Hj Othman