Bandar Seri Begawan,29 Ramadhan 1444H / 20 April 2023, Hari khamis
Pada sebelah pagi tadi, satu Insiden Kebakaran Bangunan telahpun berlaku di salah satu Bahagian di dalam Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seramai 15 orang anggota Bomba dari Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, SSFR Ema Azeema Bte Haji Abdul Kader Jailani.
Setibanya di tempat panggilan berkenaan, didapati kebakaran telah berlaku salah satu Bahagian bangunan yang telah menempatkan booth- booth expo pameran. Api berjaya dipadamkan oleh pengawal keselamatan dari Setia Protective Security Services (SPSS) dengan menggunakan alat pemadam api sebelum kereta bomba sampai. Anggota bomba segera bertindak dengan memakai alat pernafasan dan menggunakan hos bomba bagi memadamkan api. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan serta punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Hadir ditempat kejadian Pmk. Pengarah Azmi Bin Hj Hafneh, Pmk. Timbalan Pengarah Hj Nohi Irwan Surkaki Bin Hj Pawi dan Pmk. Penolong Pengarah Operasi Noor Aflan Bin Awang Kachi.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-
✓ Memastikan bangunan / kediaman awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 2 kg dan selimut api (Fire Blanket).
✓ Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah dan jangan membuat penyambungan sehingga lebih beban (overload)
✓ Jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.
✓ Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan berikan maklumat yang tepat.
