Bandar Seri Begawan, 25 Mac 2023, Hari Sabtu
Pada 18 Mac 2023 yang lalu, Seramai 15 orang kakitangan dari Syarikat Liftco Sdn Bhd, telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran bertempat di Kampong Salar Industrial Estate, Muara.
Semasa kursus dijalankan para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-
1. Sebab dan punca berlakunya kebakaran,
2. Tatacara pengunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul,
3. Pengenalan asas mengenai pengunaan LPG gas dengan cara selamat semasa membuat penghantaran
Di kesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.
