Text size :
ADVANCEDSEARCH
Senarai semak ini adalah juga penting dalam meningkatkan keselamatan dan mencegah kebakaran semasa awda dan keluarga atau tidak ada penghuni di rumah samaada awda keluar meninggalkan rumah untuk membeli belah,melancong keluar negeri,ke tempat perayaan atau majlis-majlis tertentu atau balik kampong.
Bandar Seri Begawan, Rabu, 08 Januari 2025 - Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi ‘A’ telah menyerahkan sijil masyarakat berjasa kepada Awangku Mohd Abd Syazwan Jaya Hamizan Bin Pengiran Haji Abdullah di mana beliau telah berjaya memadamkan kebakaran elektrik pada switch board sebuah rumah di kawasan Jalan Raja Isteri Anak Saleha, Bandar Seri Begawan pada 21 Disember 2024 yang lalu.
Bandar Seri Begawan, Rabu, 08 Januari 2025 - Seramai 137 orang terdiri dari warga sekolah menjalani latihan pengosongan bangunan dan Taklimat keselamatan kebakaran yang dikendalikan dari Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘D’ yangmana latihan serta taklimat ini dijalankan pada 04 Disember 2024 yang lepas.
SERIA, Rabu, 08 Januari 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kemalangan Jalanraya pada jam 12.01 tengahari. Seramai 5 orang anggota yang diketuai oleh Pmk. Pegawai Balai Mohd Isa bin Bakar dari Balai Bomba Seria telah dikejarkan ke insiden tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 04 Januari 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma kepada anak-anak yatim Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 16 orang bertempat di Bilik Kuliah, Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas. Ini adalah inisiatif Jabatan dalam usaha memastikan kesejahteraan golongan anak yatim Jabatan ini sentiasa mendapat perhatian khususnya waktu persekolahan bermula bagi meringankan beban perbelanjaan keperluan asas pendidikan. Melalui sumbangan dari Persatuan Bomba, perkara ini dapat diungkayahkan dengan baik.