Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Slide7.jpg/Slider_images/Slide5.jpg/Slider_images/Slide4.jpg/Slider_images/Hq.jpg

SENARAI SEMAK SEBELUM AWDA MENINGGALKAN RUMAH AWDA

SEMASA PERCUTIAN / MELANCONG / PERAYAAN / BALIK KAMPONG

Senarai semak ini adalah juga penting dalam meningkatkan keselamatan dan mencegah kebakaran semasa awda dan keluarga atau tidak ada penghuni di rumah samaada awda keluar  meninggalkan rumah untuk membeli belah,melancong keluar negeri,ke tempat perayaan atau majlis-majlis tertentu atau balik kampong.

localization-checklist.jpg

KEBAKARAN RUMAH (STAFF HOUSE) DI JALAN ANDULAU

Sungai Liang, Kuala Belait


pada 01hb Ogos 2023 Hari Selasa yang lalu, sebelah pagi, sebuah rumah banglo dan rumah jenis 2 tingkat telahpun mendapat kebakaran (Staff House) di Jalan Andulau Sg.Mau, Kuala Belait. Seramai  13 orang Anggota Bomba daripada Balai Bomba Sungai Liang serta bantuan tenaga daripada Balai Bomba Labi seramai 6 orang  yang diketuai SO.Sarkawi Bin Bakar Stesen Komander Balai Bomba Sg.Liang telah dikerahkan ketempat Insiden.


KEBAKARAN RUMAH DI JALAN ANDULAU.jpg

INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN

Bandar Seri Begawan,07 Ogos 2023, Hari Isnin 


Satu insiden kemalangan kereta yang melibatkan kebakaran terjadi di kawasan berdekatan Pos Ofis, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas dengan melibatkan seramai 10 orang anggota Bomba dan 2 buah jentera dari Balai Bomba Bomba Berakas, Cawangan Operasi 'C' hadir ke tempat kejadian yang diketuai oleh SO Norhermi Bin Haji Md Nor.


INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN.jpg

WARGA PAHAYTC SDN BHD MENGIKUTI TAKLIMAT LIFE SAVER 995 DAN PRATIKAL ALAT PEMADAM API

Bandar Seri Begawan, pada 22 Julai 2023 yang lepas, Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, mengadakan taklimat Life Saver 995 dan praktikal tatacara penggunaan alat pemadam api kepada 24 Pegawai dan Kakitangan Pahaytc Sdn Bhd yang di adakan di Pahaytc, Serasa.

WARGA PAHAYTC SDN BHD.jpg

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGOSONGAN BANGUNAN & PRATIKAL ALAT PEMADAM API

Bandar Seri Begawan,03 Ogos 2023, Hari Khamis 


29 Julai 2023, seramai 120 orang warga sekolah Riverside Sungai Matan diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Pengosongan Bangunan serta praktikal alat pemadam api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan  Awam, Cawangan Operasi A.


SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN.jpg

​Bagi sebarang aduan/cadangan, awda bolehlah menghantar email ke admin@bomba.gov.bn