Bandar Seri Begawan, Sabtu 06hb Februari 2021M, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi 'D' mengadakan majilis penyampaian sijil tamat Kursus Asas Jungle Rescue bagi kumpulan kedua seramai 23 orang bertempat Balai Bomba Sungai Kebun, yang di sampaikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'D' Penguasa Kanan Muhd Shahreeni Bin Haji Muhd Yussof.
Objektif Kursus Asas Jungle Rescue ini adalah bertujuan untuk persiapan bagi AJK Mukim Lumapas untuk membuat tindakan awal sebelum anggota bomba hadir semasa kejadian kecemasan di kawasan riadah.
Turut hadir Yang Mulia Pengerusi JawatanKuasa Taman Riadah Bukit Saeh Lumapas Tuan Mohd Amin Bin Haji Nudin, Yang Mulia Pemangku Penghulu Mukim Lumapas, Yang Mulia Pemangku Ketua Kampong Lumapas 'A', Yang Mulia Pemangku Ketua Kampong Lumapas 'B', Pegawai-pegawai dan Anggota Bomba Cawangan Operasi 'D'.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar :-
- Untuk keselamatan para pendaki disarankan agar membawa wisel, lampu telepon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.
- Hendaklah mengetahui kawasan yang hendak dituju bagi mengelakan tersesat.
- Pastikan tahu akan keadaan cuaca dari masa kesemasa.
- Pastikan tahu akan kemampuan awda jika hendak mendaki bukit yang tinggi.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

