Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Kakitangan Bank Bersedia untuk Menangani Kecemasan Kebakaran

Fire Drill Bank Baiduri Kumbang Pasang.jpg




Bandar Seri Begawan, Khamis 19 November 2020


Hasil kerjasama di antara Bank Baiduri dan Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi-agensi yang lain telah mengadakan latihan Fire Drill bertempat di bangunan Bank Baiduri Kumbang Pasang. 


Seramai 12 orang anggota dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan telah di kerahkan ke tempat tersebut untuk operasi memadam dan menyelamat mangsa. Fire Marshal yang terlatih di syarikat itu di uji dengan kecekapan mengosongkan bangunan yang mengandungi 166 orang pegawai dan kakitangan.


Objektif dan tujuan latihan adalah :-

1) Meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman orang awam serta memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat akan aspek-aspek keselamatan kebakaran didalam bangunan, 

2) Mengikut prosedur pengosongan yang efektif serta bersistematik bagi menyelamatkan diri menggunakan laluan kecemasan yang sedia ada serta menguji kemahiran, koordinasi dan latihan secara praktikal adalah kritikal dalam mana-mana operasi

3) memastikan kesiapsiagaan anggota merupakan faktor utama dalam menangani operasi memadam dan menyelamat


Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan kepada orang awam bahawa latihan-latihan seperti ini adalah sangat penting dan perlu sentiasa di pratikkan kerana bagi sama-sama menangani situasi bila berlakunya kebakaran dan tindakan yang betul sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Fire Drill Bank Baiduri Kumbang Pasang 2.jpg

Fire Drill Bank Baiduri Kumbang Pasang 1.jpg


Created at 08/12/2020 10:51 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/12/2020 10:51 by Shahidah Binti Hj Othman