Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​Pemenangan Pertandingan Kemahiran Bomba bagi Tahun 2016 berlepas ke Singapura​

15000074_1559123630779978_5003109005972554738_o-1.jpg

Anggota Bomba yang telah memenangi dalam Pertandingan Kemahiran Bomba Bagi Tahun 2016 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2016 telah terpilih untuk  mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam ke International Elite Rescuer Exchange Workshop, SCDF Day Parade and Singapore Global Firefighters and Paramedics Challenge (SGFPC) di Singapura

Anggota yang terpilih mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negara Brunei Darussalam adalah :

Cawangan Operasi 'E'

  1. ABK No.115 Mos@Mustapa bin Haji Besar
  2. ABKS No.152 Haji Ali Isa bin Haji Sulaiman 
  3. AB No.912 Abdul Hafidz bin Mohd Azanisham
  4. AB No.1178 Mohammad Shah bin Awang Haji Muhammad
Cawangan Operasi 'F'
  1. ​AB NO.942 Mohammad Hazizan@Mohammad Quadim bin Haji Mazin/Haji Mohd Zain

Sehubungan dengan itu satu majlis penyerahan bendera diadakan di ruang berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa,Berakas kepada ketua Kontinjen Ahli Bomba Kanan No.115 Mos@Mustapa bin Hj Besar, sebelum mereka meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan Bendera telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lt.Kol(B) Awang Yahya bin Hj Abd Rahman.

Juga hadir dan mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Pengarah  Yang Mulia Awang Lim Hock Guan, Penolong Pengarah Perancangan dan Kakitangan Dyg Hajjah Siti Mayang binti Haji Hussin, Penolong Pengarah Operasi Awang Shabandi bin Haji Abd Halim,Pegawai Pemerintah Operasi "E", Tahir bin Hj.Muktal, Pegawai Pemerintah Operasi  "F", Hj Janaidi bin Hj Gunong,Pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan dan keluarga peserta.

Doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat Yan Mulia Ustaz Hj.Adanan bin Hj.

14976730_1559450344080640_8449493307128774733_o.jpg15025325_1559450087413999_1365782421109935209_o.jpg14639757_10154718521588713_1822111638146463526_n.jpg14937315_10154718521818713_4812069250995114544_n.jpg14939608_1559112557447752_4305007811741738660_o.jpg

Created at 10/11/2016 13:22 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 06/12/2016 12:53 by Nusratina Binti Hj Md Daud