Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Serah Terima Tugas bagi Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’

Majlis Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan Operasi A.jpg


Bandar Seri Begawan, Isnin 31 Ogos 2020, Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’ telah berlangsung di Balai Bomba Mentiri. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Penolong Pegawai Balai Mohammad Bin Haji Yusuf seterusnya mantan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan kawalan kehormatan iaitu Yang Mulia Pegawai Balai Ishraqi Bin Haji Hidup dan di ikuti dengan pemeriksaan perbarisan kawalan seterusnya memberikan ucapan.


Majlis seterusnya menandatangani lembaran serah terima tugas Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’  Yang Mulia Penguasa Kanan Bomba Noor Aflan Bin Awang Kachi dengan Yang Mulia Pemangku Penguasa Kanan Bomba Pengiran Haji Asmali Bin Pengiran Haji Ahmad. Selesai menandatangani, Yang Mulia Pemangku Penguasa Kanan Bomba Pengiran Asmali Bin Pengiran Haji Ahmad menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan kawalan seterus di junjung untuk memeriksa perbarisan kawalan.


Penyampaian cenderahati daripada pegawai, anggota dan kakitangan Cawangan Operasi A kepada Yang Mulia Penguasa Kanan Bomba Noor Aflan Bin Awang Kachi, mantan Pegawai Pemerintah Operasi A disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Penolong Penguasa Bomba Murni Bin Haji Misir. Hadir di majlis tersebut, stesen-stesen komander, pegawai-pegawai, anggota bomba serta kakitangan Cawangan Operasi A. Seterusnya membaca doa selamat.


Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menasihatkan jika berlaku insiden kecemasan, orang awam hendaklah berhubung terus ke Talian Kecemasan “995” dan memberikan maklumat yang betul dan tepat.


Created at 08/09/2020 09:08 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/09/2020 09:08 by Shahidah Binti Hj Othman