Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Penyampaian Tanda Pangkat Timbalan Pegawai Balai

101860500_4393257604033219_1730390285734641664_o.jpg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 4 Jun 2020  - Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis Penyampaian Tanda Pangkat bagi Penolong Pegawai Balai Jeffri Bin Haji Said yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pegawai Balai yang telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknikal, Awang Nohi Irwan Surkarki Bin Haji Pawi.

Jabatan sentiasa menggalakkan warga petugas untuk menanamkan sifat daya maju diri dan persaingan sihat dikalangan anggota untuk membentuk budaya kerja berpasukan yang sihat dan berpotensi tinggi. Pengiktirafan ini adalah sebagai penghargaan Jabatan kepada mereka-mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan bakti yang cemerlang, berdedikasi dan disiplin yang tinggi serta patuh kepada peraturan selaku seorang anggota perkhidmatan awam dan undang-undang negara.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Yang Mulia Pemangku Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga beliau yang diraikan bertempat di Mess pegawai, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas.

Dalam kesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak lupa mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut dan diharapkan ia menjadi dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif kearah kecemerlangan bagi mencapai  visi dan misi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Majlis penyampaian tanda pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Ahli Bomba 1026 Amin bin Zainuddin.


Created at 10/06/2020 10:31 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 10/06/2020 13:57 by Shahidah Binti Hj Othman