Bandar Seri Begawan, 13 Mac 2023, Hari Isnin
Seramai 25 orang peniaga gerai ramadhan 2023 diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi 'F', bertempat di bilik taklimat, bahagian perhubungan awam, ibu pejabat bomba dan penyelamat, landasan lama berakas.
Tujuan taklimat diberikan adalah bagi meningkatkan keselamatan kebakaran bagi peniaga gerai di sepanjang bulan ramadhan dan mengetahui tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul.
Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.
Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.