Kuala Belait, Jumaat, 20 Januari 2023
JBP Cawangan Operasi B bersama 10 buah agensi terdiri daripada agensi kerajaan dan pihak swasta telah dijemput bagi menjayakan kempen Keselamatan Jalanraya anjuran dari Syarikat Brunei Liquefied Natural Gas ( BLNG )Sdn Bhd Lumut yang telah berlangsung selama 02 hari bermula pada Khamis 19 Januari 2023 hingga Jumaat , 20 Januari 2023 bertempat Liang Lumut Recreation Club (LLRC), Lumut.
Sepanjang kempen dijalankan, pihak JBP telah mempamerkan beberapa buah video kebakaran kereta yang berlaku di Daerah Belait, bahan punca kebakaran kereta dan perkakas serta peralatan menyelamat yang digunakan semasa berlakunya kemalangan kereta yang melibatkan mangsa yang terperangkap. Kempen ini dikendalikan oleh Unit Perhubunga Awam Cawangan Operasi B bersama Bahagian Keselamatan Kebakaran, Cawangan Operasi B dan dibantu oleh anggota Balai Bomba Seria dan Balai Bomba Spark.
Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

