Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA MEMADAM KEBAKARAN RUMAH

ANGGOTA BOMBA MEMADAM KEBAKARAN RUMAH OPERASI A.jpg



Bandar Seri Begawan, 20 November 2021, Hari Sabtu 


Seramai 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan,Balai Bomba beribi daripada Cawangan Operasi ‘A’  dikejarkan ke Insiden Kebakaran Rumah Kg Bengkurong yang diketuai oleh SO Israqi pada jam 1702hrs.


Sampai di tempat panggilan didapati api besar membakar sebuah Rumah. Rumah tersebut diperbuat daripada konkrit dan beratapkan spandix. Kebakaran itu juga telah menjejaskan sebuah bilik di tingkat 1.


Ahli-Ahli Bomba bertindak dengan memakai alat pernafasan dan memadam dengan menggunakan 3 jet hos yang mana sumber air digunakan melalui tangki jentera dan pili bomba yang berdekatan.


Api dapat dikawal dalam masa 5 minit. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


Memastikan bangunan awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 4 kg dan selimut api (Fire Blanket).


Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


Memastikan penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar ditempatkan ke satu tempat yang lebih teratur dan "Housekeeping" yang baik. 


Sering menjalankan pembersihan di kawasan bekas sisa-sisa bahan berbahaya.


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.  Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

ANGGOTA BOMBA MEMADAM KEBAKARAN RUMAH OPERASI A 1.jpg


Created at 21/11/2021 20:51 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 21/11/2021 20:51 by Shahidah Binti Hj Othman