Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Lawatan Muhibah Ke Jabatan Penjara

IMG_3447.JPG

​Pada 03 Mac 2018, seramai 35 orang rombongan Jabatan Bombad dan Penyelamat yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penjara Maraburong. Juga hadir mengikuti rombongan tersebut ialah Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Lim Hock Guan, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Anggota.

Rombongan Jabatan Bomba dan Penyelamat disambut oleh Yang Mulia Pengarah Penjara Haji Ismail bin Haji Murat seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya rombongan diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan Jabatan Penjara dan selepas itu di bawa melawat ke bahagian-bahagian tertentu di dalam kawasan penjara Maraburong.

Diantara lain juga lawatan tersebut ialah untuk merapatkan lagi perhubungan dan kerjasama serta keperluan yang boleh diberikan diantara kedua Jabatan.

Created at 13/03/2018 10:39 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi
Last modified at 13/03/2018 10:39 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi