Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Meraikan Anggota Saudara Baru

APJ14788.JPG

​Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini meraikan dua (02) orang anggota saudara baru yang telah memeluk Ugama Islam. Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Yang Mulia Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Majlis dimulakan dengan membaca Surah Yassin dan tahlil, seterusnya zikir Assalamualaika dan Asyrakal bagi meraikan saudara-saudara baru Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Saudara-saudara baru yang berkenaan, Ahli Bomba 1309 Armirol bin Yaping telah memeluk Ugama Islam pada 29 Disember 2017 dengan memilih namanya Mohammad Armirol bin Abdullah Yaping, sementara Ahli Bomba Wanita 1267 Normah bte Erang, memeluk Ugama Islam pada 25 Januari 2018, yang kini dikenali dengan nama Numa Humaira bte Abdullah Erang. Penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baru telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Di majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyerahan cek Insurance TAIB kepada pihak waris iaitu anak kepada Allahyarhamah ABWKS 415 Rosinah binti Mohamed.

Juga hadir ialah Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Lim Hock Guan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota serta Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Awang Othman bin Awang Asat, Pemangku Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Created at 08/03/2018 11:54 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi
Last modified at 08/03/2018 11:54 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi