Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

POKOK BELUNU MEREBAHI KESELURUHAN JALAN RAYA DI KAWASAN KG KUALA LURAH

POKOK BELUNU MEREBAHI KESELURUHAN JALAN RAYA  DI KAWASAN KG KUALA LURAH.jpg



Bandar Seri Begawan, 14 September 2021, Hari Selasa


Seramai 8 orang anggota bomba diketuai oleh DSO Zulkefle bin Hj Ali dari Balai Bomba Pengkalan Batu dikerahkan ke panggilan pokok tumbang pada jam 1758 hrs di Kg Kuala Lurah.


Semasa tiba, didapati sepohon pokok Belunu merebahi keseluruhan jalan raya.  Ahli Bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan 3 buah chainsaw.  Ukuran pokok tersebut lebih kurang 20 meter panjang dan garis pusat 60 cm.  Operasi selesai lebih kurang 3 jam.  Tidak ada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat: 


Elakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakkan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.

Pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan akan tetapi ianya boleh juga mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang boleh merebahi rumah semasa cuaca tidak menentu.

Pokok-pokok yang ditanam mestilah sentiasa dijaga dan diawasi serta dipotong (trimming) sebelum keadaan tidak terkawal.

Jangan meletakkan kereta awda berdekatan dengan pokok-pokok besar ditakuti perkara tidak diingini dari berlaku.


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

POKOK BELUNU MEREBAHI KESELURUHAN JALAN RAYA  DI KAWASAN KG KUALA LURAH 1.jpg


Created at 15/09/2021 14:40 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 15/09/2021 14:40 by Shahidah Binti Hj Othman