Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEBAKARAN BANGUNAN BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA

KEBAKARAN BANGUNAN BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA.jpg

 


Bandar Seri Begawan, 12 Sept 2021, Hari Ahad 


Seramai 6 orang anggota bomba dari Balai Bomba Berakas Cawangan Operasi ‘C’ dikejarkan ke Insiden Kebakaran Bangunan Kerajaan di Jalan Menteri Besar yang diketuai oleh SO Haji Said Bin Haji Metassim pada jam 0959 hrs.


Sampai di tempat panggilan penyiasatan dijalankan di panel board dan mendapati bilik server computer  di tingkat 1 bangunan telah terbakar secara keseluruhan dan mengeluarkan asap tebal.  


2 pasukan team BA Bomba segera bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api jenis debu kering Dan jenis carbon dioxide serta 1 aliran hos. Air diperolehi dari jentera bomba dan pili-pili bomba. 


Api dapat dipadamkan dalam 2 minit. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


Memastikan bangunan awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 4 kg dan selimut api (Fire Blanket).

Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

Memastikan penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar ditempat ke satu tempat yang lebih teratur dan "Housekeeping" yang baik. 

Sering menjalankan pembersihan dikawasan bekas sisa-sisa bahan berbahaya.


Dikesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.  Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


KEBAKARAN BANGUNAN BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA 1.jpg


Created at 15/09/2021 14:35 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 15/09/2021 14:35 by Shahidah Binti Hj Othman