Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SESI DIALOG

APJ19816.jpg

​Bandar Seri Begawan - Hari Selasa, 28 November 2017

Satu sesi dialog di antara ABCI - Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Qualified Person (QPs) iaitu Arkitek dan Konsultan telahpun diadakan pada 29 November 2017 bertempat di Dewan Indera Pahlawan, ABCi.

APJ19829.jpg

Objektif sesi dialog tersebut adalah untuk memberi maklumat-maklumat yang tepat dan terkini kepada QPs supaya perlaksanaan projek-projek pembangunan adalah lebih teratur dari segi tatacara pembayaran kepada agensi kerajaan melalui OneBiz ONLINE serta memastikan projek-projek yang dikendalikan oleh mereka hendaklah mencapai ke peringkat sehingga OP dikeluarkan.

Taklimat juga disampaikan oleh Awang Lim Hock Guan, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat berhubung dengan Akta Bomba dan Penyelamat Cap 82 dan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 khususnya peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu pengawalan Hal Ehwal Keselamatan Kebakaran di dalam bidang pembagunanan.

Awang Lim Hock Guan juag menekankan bahawa setiap permohonan yang dihadapkan oleh pihak QPs yang dimasukkan dalam sistem OneBiz ONLINE sentiasa akan diberikan satu (01) nombor rujukan (reference number) yang unik untuk memantau perkembangan bagi setiap projek yang dihadapkan. Nombor rujukan ini, pihak QPs juga haruslah memaklumkan kepada Pemilik-Pemilik supaya mereka juga dapat memantau atau membuat sebarang pertanyaan melalui OneBiz ONLINE atau talian Darussalam 123 untuk mendapat perkembangan bagi permohonan mereka.

Dalam masa yang sama, setiap pembayaran yang dilaksanakan oleh QPs kepada agensi keajaan khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah melalui sistem OneBiz ONLINE dengan menggunakan kad kredit  seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan. Kaunter pembayaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat TIDAK AKAN menerima sebarang pembayaran bagi permohonan mengenai dengan Hal Ehwal Keselamatan Kebakaran lagi walaubagimanapun pegawai dan kakitangan jabatan akan sentiasa membantu QP jika mereka memerlukan tunjuk ajar dalam tatacara membayar secara OneBIz ONLINE

Keterangan lanjut mengenai dengan OneBiz ONLINE juga dapat diperolehi melalui kaunter di Tingkat Bawah, Bangunan Design and Technology, Simpang 32-37, Taman Teknologi Anggerek Desa, Negara Brunei Darussalam atau melalui Darussalam 123 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Occupancy Permit (OP)

Dalam Hal Ehwal OP, ABCi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mendapat bahawa jumlah permohonan yang diluluskan masih banyak bilangan yang belum mendapatkan OP sehingga hari ini. Permohonan yang dimaksudkan adalah kerja-kerja renovasi dan penambahan (renovation and extension work) bagi perumahan yang mana bekalan eletrik dan air telahpun dibekalkan sebelum kerja-kerja renovasidan penambahan dilaksanakan.

Merujuk Akta Building Control Order BCO dan Fire Safety Order FSO 2016, adalahtanggungjawab QPs untuk memastikan perkara ini diambil berat serta memastikan permohonan yang dihadapkan hendklah sampai OP dikeluarkan bagi memberi jaminan kepada pemilik rumah jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, yang mana akan menjejaskan tuntutan insuran mereka.

Oleh yang demikian, jika permohonan bagi perkara ini belum lagi dilaksanakan dengan sempurna iaitu pengeluaran OP maka ianya masih tanggungjawab QPs serta kegagalan dalam perkara ini maka TINDAKAN akan diambil terhadap QPs yang berkaitan bagi sama-sama menjaga kepentingan semua pihak.

APJ19811.jpg APJ19818.jpg

Created at 12/12/2017 13:16 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 12/12/2017 13:17 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah