Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Khatam Al-Quran Diselajurkan Dengan Meraikan Saudara-Saudara Baru dan Penyampaian Derma Anak Yatim Pegawai, anggota dan Kakitangan Jabatan Bomb dan Penyelamat

IMG_2320.jpg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 22 Jun 2017

Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Persatuan Bomba mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, serta mendapatkan pahala yang besar dan merebut peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang suci ini, diantaranya ialah untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Majlis Khatam berkenaan adalah bagi pegawai, anggota, dan kakitangan Bahagian Ibu Pejabat serta Cawangan-Cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Lt Kol (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman. Juga hadir ialah Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Lim Hock Guan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Majlis Khatam Al-Quran diadakan bertempat di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Terbang Lama, Berakas.

 

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Selepas itu majlis khatam Al-Quran diteruskan dan dibacakan mengikut Bahagian dan Cawangan. Tahtim dan doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Ustaz Othman bin Asat ,Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Di majlis ini juga diserikan lagi dengan dikir marhaban dan menabur bunga rampai bagi meraikan empat (4) orang saudara-saudara baru dan seterusnya diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim Pegawai dan Anggota serta Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Penyampaian derma kepada 56 orang anak-anak yatim disempurnakan oleh Yang Mulia Pengarah Bomba dan Penyelamat. Dengan adanya derma berkenaan diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan barang keperluan bagi sama-sama menyambut kedatangan dan keriangan di hari raya sepertimana jua kanak-kanak biasa yang lain nya.

IMG_2327.jpgIMG_2392 (1).jpgIMG_2402.jpgIMG_2408.jpgIMG_2421.jpgIMG_2423.jpg
Created at 29/06/2017 13:54 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 03/07/2017 10:38 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah