Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Upacara Perbarisan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 Tahun 2017

APJ15114.jpg

​Rabu,10 Mei 2017

Sejak tahun 2007, Jabatan Bomba dan Penyelamat menyambut hari ulang tahun penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat pada setiap 9 Mac iaitu bersempena dengan penukaran nama Jabatan daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tahun ini, sambutan hari ulang tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 tahun 2017 disenambungkan dengan Hari Bomba Sedunia dalam bulan Mei. Ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pegawai dan anggota bagi sama-sama memeriahkan lagi hari yang bermakna kepada ahli-ahli Jabatan Bomba danPenyelamat Negara Brunei Darussalam dan rakan seperjuangan di negara-negara laindalam menempuh kerja seharian yang semakin ekstrem dan mencabar.

Jabatan ini juga bertekad untuk terus mengorak langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan ini seperti mengwujudkan Response Time yang lebih pantas, penguatkuasaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 (Fire Safety Order) dan program pendidikan awam bagi mengdokong Wawasan Brunei 2035.

Pada Tahun ini, di antara aturcara sambutan sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 tahun ialah Upacara bertempat di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ketibaan Tetamu Kehormat di sambut oleh Yang Mulia Lt. Kol (B) Awang Yahya bin Hj Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat seterusnya menerima tabik hormat Panglima dan memeriksa Perbarisan kawalan Kehormatan seramai 90 orang yang mempamerkan pakaian kerja seharian operasi bagi menghadiri panggilan operasi, pakaian lengkap Fire Fighting dan pakaian kerja bagi acara rasmi dalam dan luar jabatan dan seterusnya menyampaikan ucapan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerjaan.

Di majlis tersebut jua Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awng Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mendatangani lembaran kenangan dan seterusnya menyaksikan pameran keselamatan kebakaran yang terdiri daripada Unit Pencegah Kebakaran, Bahagian Penguatkuasa Undangan-Undang dan Penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Syarikat Swasta seperti Linktech Sdn Bhd dan Majlis Perundingan Kampung, Kawasan II Rancangan Negara Rimba mengenai Projek P.A.D.A.M yang giat dijalankan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Anggota dan kakitangan Contoh bagi 30 orang penerima yang dinilai dari pelbagai sudut berdasarkan kriteria seperti:

1. Kelamaan perkhidmatan bekerja.

2. Pretasi 3 tahun kebelakangan.

3. Tugas-tugas utama yang dilaksanakan.

4. Penglibatan ( kegiatan luar dan dalam jambatan ).

5. Ciri-ciri kepimpinan.

6. Displin.

7. Tindakan tatatertib.

8. Kehadiran bertugas.

9. Berkebolehan berkomunikasi dalam dan luar jabatan.

10. Dari segi penampilan diri.

Seterusnya penyampaian Anugerah Balai Contoh yang dinilai dari:-

1. Sudut Operasi

Menetapkan bidang penilaian menjurus kepada pengetahuan, pangalaman, kemahiran dan kepakaran dalam pengendalian serta memastikan keselamatan komponan yang melengkapi alat pernafasan dan keselamatan pengunaan semasa beroperasi, dengan mengambil kira prosedur teknik, keselamatan serta disiplin termasuk kemahiran 'Fireman ship' ketika gerakan operasi juga diambil kira.

2. Sudut perancangan dan latihan

Menekankan latihan 100 jam setahun, program latihan harian, bulanan dan dan tahunan termasuk laporan-laporan latihan yang telah ditetapkan bagi anggota operasi dibalai-balai.

3. Sudut Teknikal

Penilaian tertumpu kepada cara pengurusan dan menjaga kebersihan jentera, alat penyelamat, perkakas serta kebersihan kawasan sekitar balai.

4. Sudut Pentadbiran dan Kewangan

Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan sistem pentadbiran dan kewangan mengikut prosedur, teratur dan kemaskini.

Bagi Anugerah Penghargaan Masyarakat Berjasa, seramai 20 orang penerima terdiri daropada orang awam, jabatan-jabatan kerajaan, sekolah kerjaan dan syarikat swasta menerima sijil dan dan plak penghargaan.

Adapun penerima-penerima anugerah ini telah menujukkan sikap peka dan bertanggungjawab yang boleh dijadikan tauladan yang baik serta berguna seperti berikut:-

1. Bertindak awal serta berjaya memadam kebakaran sebelum gerakan operasi sampai ketempat kejadian.

2. Berkerjasama dengan anggota bomba semasa kebakaran dalam melancarkan operasi menyelamat, setelah menghadiri kursus fire marshall yang diungkayahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

3. Sering memberi sumbangan bantuan kebajikan dan keperluan perbekalan semasa operasi memadam kebakaran, menyelamat mangsa dan harta benda.

4. Sentiasa mengutamakan keselamatan pencegahan kebakaran bagi meningkatkan tahap kesedaran bahaya kebakaran.

Sebelum meninggalkan majlis tetamu kehormat memotong kek Sempena Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 tahun 2017.

Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Ustaz Haji Adanan bin Haji Ahmad.

IMG_0771.jpg IMG_0751.jpgIMG_0823.jpg IMG_0830.jpg IMG_0867.jpg IMG_0928.jpg IMG_0931.jpg IMG_0935.jpg IMG_0939.jpg IMG_0948.jpg IMG_0951.jpgIMG_0969.jpgIMG_0967.jpg IMG_0995.jpg IMG_0999.jpg IMG_1009.jpg IMG_1012.jpg APJ15148.jpg

Created at 15/05/2017 14:38 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 30/05/2017 12:06 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah