Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Doa Kesyukuran

IMG_0190.jpg

​Isnin, 01hb Mei 2017

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57, Tahun 2017 yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri., Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Penghulu Mukim Sengkurong dan Ketua Kampong Jerudong.

Juga hadir ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lt Kol (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Aturcara di majlis tersebut ialah menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan sembahyang sunnat hajat yang di imamkan oleh Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar, dan seterusnya bacaan surah Yassin.

Ratib Al-Attas serta doa kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Ke-57 dibacakan oleh Yang Mulia Imam Haji kamaruzzaman bin Haji Jakar, Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong. Seterusnya sembahyang fardhu Isya' berjemaah.

Di majlis itu juga diselajurkan dengan penyerahan peralatan sumbangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi keperluan dan kemudahan masjid tersebut kepada Yang Mulia Imam Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar, Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong yang disempurakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

APJ13527.jpgAPJ13548.jpg IMG_0190.jpgIMG_0219.jpg APJ13573.jpg APJ13577.jpg APJ13584.jpg

Created at 02/05/2017 15:01 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 02/05/2017 15:01 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah